Fakta Sampah (tetapi lebih bernilai dari sampah):
- 9 tapak pelupusan sampah baru akan dibina pada tahun 2010
- 177 tapak pelupusan sampah masih beroperasi di seluruh Malaysia
- 144 tapak pelupusan sampah sudah tidak sesuai digunakan
- RM 20 juta diperlukan untuk membina sebuah tapak pelupusan sampah (termasuk kos pembinaan teknologi rawatan mengawal bau sampah)
- Pusat pelupusan sampah mini akan dibina bagi mengurus sampah di pulau & tanah tinggi berkeluasan terhad seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor & Cameron Highlands
- Jumlah sampah yang dihasilkan di Malaysia dijangka mencecah 30 000 tan metrik (30 juta kilogram) sehari menjelang tahun 2020
Sumber dari Utusan Malaysia. Dipetik dari Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahya.
Kurangkan Sampah dengan Mengkompos
Apa itu kompos?
- Produk yang terhasil daripada penguraian bahan organik terbiodegradasi
- Contoh terdekat bahan organik terbiodegradasi di dalam rumah kita ialah sisa makanan
- Sumber baja paling selamat, efektif dan mesra alam
Mengapa mengkompos?
- Cara paling efektif mengurangkan sampah dari rumah ke tapak pelupusan
- Penggunaan baja sintetik untuk pokok bunga anda dapat dikurangkan @ dihapuskan
- Kita sudah mempunyai ratusan (lebih dari seratus) tapak pelupusan sampah
- Anda tidak mahu tinggal bersebelahan tapak pelupusan sampah
- Bukankah anda suka berkebun?
Projek pengkomposan mini di rumah akan menyusul selepas pesanan penaja.
No comments:
Post a Comment